Tuesday, July 29, 2008

Kenapa Dia



Kenapa aku terima dia dalam hidupku
Adakah kerana ...
Rupa nan tampan ???
Dan tubuh yang sasa ???

Andai kerana itu,
maka ku tahu ...
kasih sayangku akan pudar
tatkala kedut-kedut mula hadir
menghiasi wajah nya ...
tatkala otot-otot mula lemah ..
menjadikannya tidak bermaya

Kenapa aku terima dia dalam hidupku
Adakah kerana ...
Petahnya dia ...
saat berbicara dan menyusun kata ???

Andai kerana itu,
maka ku tahu ...
kasih sayangku akan pudar
tatkala dia mula terlantar
terbaring ...
tanpa boleh bicara lagi
yang ada ...
hanya pandangan sepi

Kenapa aku terima dia dalam hidupku

-sambung ... belum siap ...

Sunday, July 27, 2008

Cinta itu datang ketika hatiku tertutup


Cinta
Kadangkala datangnya sekelip mata
Kerapkali hadirnya mengambil masa

Ketika hatiku merasa cinta,
Tidak ada yang sudi menerima

Ketika hatiku tertutup pada cinta,
Cinta itu hadir
Sehingga menyiksaku

Benarlah kata orang
Cinta bukan sahaja mebuat orang gembira
Tetapi boleh mati kerananya.

Friday, July 18, 2008

Dhannis: Dia

From Dhannis:

Dia,
Mengejar tanpa berlari...

Dia,
Berjalan tanpa melangkah...

Dia,
Menanti tanpa menunggu...

Dia,
Berkata-kata tanpa suara...

Dia,
Menyinta tanpa mengungkap...

Dia,
Merindu tanpa meluah...

Dia,
Disini yang tiada...

Dia,
Mengasihi dalam dilema...

Dia,
Menyayangi dalam derita...


By Mira:

dia,
entah di mana
dirinya saat ini

dia,
entah dimana
kasihnya saat ini

dia,
entah dimana
sayangnya saat ini

dia,
entah dimana
cintanya saat ini

dia,
entah dimana
rindunya saat ini

dia,
adakah masih
dalam derita ???

http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TVL9VJGH0QHU1D9AR/p21