Thursday, May 15, 2008

Lelaki Yang Ku Idamkan

Lelaki yang kuidamkan
adalah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang
yang berjuang di jalan Islam

Lelaki yang kuidamkan
adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebajikan
yang mempunyai sifat yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan dan
tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki yang kuidamkan
yang sentiasa menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarganya
yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga
yang akan mendidik isteri dan anak-anaknya dalam mendalami Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki yang kuidamkan
yang sentiasa menjadi imam
yang hidup di bawah naungan al-Quran
yang mencontohi sifat Rasulullah
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan Rahmat Allah ke atasnya

Lelaki yang kuidamkan
tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangun subuhnya dengan penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki yang kuidamkan
yang sentiasa mengingati mati
baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki yang kuidamkan
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
disitulah rumah idamannya
yang ingin membawaku bersama
dialah lelaki sebenar yang kuidamkan.

Wednesday, April 16, 2008

Hati dan Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka....

Thursday, April 10, 2008

Touching II

11 Januari 2008

dhannis wrote:
cincin emas bertatah berlian

dibawa rombongan untuk pertunangan
belum pun sempat cincin disarungkan
dia meminta kasih diputuskan

mira_jr wrote:
cincin emas bertatah berlian

tanda kasih bertaut dihati
belum sempat berpindah tangan
dipanggil ILLAHI terkuburlah janji

dhannis wrote:
setiap yang hidup pastikan pergi
jangan kesali takdir Illahi
iringilah arwah doa setulus hati
moga rohnya bahagia disisi Illahi

tengah countdown untuk 100 hari

http://www.topix.net/forum/world/malaysia/TTO396BF299LQ33OP

Touching

pagi yang ceria ... teringat pada thread yang dah lama mira tak jenguk di forum ...

PANTUN ...

tiba-tiba terasa nak menyelak-nyelak halaman yang dah lama terbiar tuh .... tetiba jumpa sesuatu ... yang sangat menyentuh perasaan ....

thanx guys ... walau kita tak kenal siapa ... kalian .... ishhh ... touching lah ...

Amir wrote:
Negara Matahari jadi idola,
Melaysia tetap di hati ni,
Walau kancil buatan Malaysia,
Habis ku ubah kancil itu ini..

Lagenda Mira jadi tatapan,
Barangan terbaik antara lain,
Tukar brg kereta gila sakan,
Barang jepun buat aku gian..

j pon wrote:
kancil bertukar menjadi mira
kerna ownernya bernama mira
kita ada friend namanya mira
orgnya selalu kulihat ceria..

atok wrote:
kancil kelisa charade mira
maintenance rendah spare part mudah
pasti ceria berteman mu mira
jangan trade-in sesal tak sudah

Amir wrote:
Cik Mira bunga kita semua,
Ceria bagai alunan seruling,
Cantik pula pada namanya,
Comelnya dia bila menguling-guling..

macam mana dari kereta bleh masuk nama mira yer ... memang nak kena hempuk korang-korang nih ...

Sunday, April 6, 2008

Selalunya ...

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkeliru.
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terluka.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkilan.
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.

Dan selalunya orang yang kita sayang,
suka hadir bila memerlukan
dan pergi tanpa meninggalkan pesan …

-from my fren mrs nurul-

Tuesday, March 25, 2008

Surat Cinta Noura kepada Fahri bin Abdillah

Kepada

Fahri bin Abdillah, seorang mahasiswa dari Indonesia yang lembut hatinya dan berbudi mulia

Assalamu'alaikum warahmatullah wa barakatuh.

Kepadamu kukirimkan salam terindah, salam sejahtera para penghuni surga. Salam yang harumnya melebihi kesturi, sejuknya melebihi embun pagi. Salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha. Salam suci sesuci air telaga Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya. Salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.

Wahai orang yang lembut hatinya,

Entah dari mana aku mulai dan menyusun kata-kata untuk mengungkapkan segala sedu sedan dan perasaan yang ada di dalam dada. Saat kau baca suratku ini anggaplah aku ada dihadapanmu dan menangis sambil mencium telapak kakimu karena rasa terima kasihku padamu yang tiada taranya.

Wahai orang yang lembut hatinya,

Sejak aku kehilangan rasa aman dan kasih sayang serta merasa sendirian tiada memiliki siapa-siapa kecuali Allah di dalam dada, kaulah orang yang pertama datang memberikan rasa simpatimu dan kasih sayangmu. Aku tahu kau telah menitikkan air mata untukku ketika orang-orang tidak menitikkan air matauntukku.

Wahai orang yang lembut hatinya,

Ketika orang-orang di sekitarku nyaris hilang kepekaan mereka dan masa bodoh dengan apa yang menimpa pada diriku karena mereka diselimuti rasa bosan dan jengkel atas kejadian yang sering berulang menimpa diriku, kau tidak hilang rasa pedulimu. Aku tidak memintamu untuk mengakui hal itu. Karena orang ikhlas tidak akan pernah mau mengingat kebajikan yang telah dilakukannya. Aku hanya ingin mengungkapkan apa yang saat ini kudera dalam relung jiwa.

Wahai orang yang lembut hatinya,

Malam itu aku mengira aku akan jadi gelandangan dan tidak memiliki siapa-siapa. Aku nyaris putus asa. Aku nyaris mau mengetuk pintu neraka dan menjual segala kehormatan diriku karena aku tiada kuat lagi menahan derita. Ketika setan nyaris membalik keteguhan imanku, datanglah Maria menghibur dengan segala kelembutan hatinya. Ia datang bagaikan malaikat Jibril menurunkan hujan pada ladang-ladang yang sedang sekarat menanti kematian. Di kamar Maria aku terharu akan ketulusan hatinya dan keberaniannya. Aku ingin mencium telapak kakinya atas elusan lembut tangannya pada punggungku yang sakit tiada tara. Namun apa yang terjadi Fahri?

Maria malah menangis dan memelukku erat-erat. Dengan jujur ia menceritakan semuanya. Ia sama sekali tidak berani turun dan tidak berniat turun malam itu. Ia telah menutup kedua telinganya dengan segala keributan yang ditimbulkan oleh ayahku yang kejam itu. Dan datanglah permintaanmu melalui sms kepada Maria agar berkenan turun menyeka air mata dukaku. Maria tidak mau. Kau terus memaksanya. Maria tetap tidak mau. Kau mengatakan pada Maria: 'Kumohon tuturlah dan usaplah air mata. Aku menangis jika ada perempuan menangis. Aku tidak tahan. Kumohon. Andaikan aku halal baginya tentu aku akan turun mengusap air matanya dan membawanya ke tempat yang jauh dari linangan air mata selama-lamanya.' Maria tetap tidak mau." Dia menjawab: "Untuk yang ini jangan paksa aku, Fahri! Aku tidak bisa." Kemudian dengan nama Isa Al Masih kau memaksa Maria, kau katakan, "Kumohon, demi rasa cintamu pada Al Masih." Lalu Maria turun dan kau mengawasi dari jendela. Aku tahu semua karena Maria membeberkan semua. Ia memperlihatkan semua kata-katamu yang masih tersimpan dalam handphone-nya. Maria tidak mau aku cium kakinya. Sebab menurut dia sebenarnya yang pantas aku cium kakinya dan kubasahi dengan air mata haruku atas kemuliaan hatinya adalah kau. Sejak itu aku tidak lagi merasa sendiri. Aku merasa ada orang yang menyayangiku. Aku tidak sendirian di muka bumi ini.

Wahai orang yang lembut hatinya,

Anggaplah saat ini aku sedang mencium kedua telapak kakimu dengan air mata haruku. Kalau kau berkenan dan Tuhan mengizinkan aku ingin jadi abdi dan budakmu dengan penuh rasa cinta. Menjadi abdi dan budak bagi orang shaleh yang takut kepada Allah tiada jauh berbeda rasanya dengan menjadi puteri di istana raja. Orang shaleh selalu memanusiakan manusia dan tidak akan menzhaliminya. Saat ini aku masih dirundung kecemasan dan ketakutan jika ayahku mencariku dan akhirnya menemukanku. Aku takut dijadikan santapan serigala.

Wahai orang yang lembut hatinya,

Sebenarnya aku merasa tiada pantas sedikit pun menuliskan ini semua. Tapi rasa hormat dan cintaku padamu yang tiap detik semakin membesar di dalam dada terus memaksanya dan aku tiada mampu menahannya. Aku sebenarnya merasa tiada pantas mencintaimu tapi apa yang bisa dibuat oleh makhluk dhaif seperti diriku.

Wahai orang yang lembut hatinya,

Dalam hatiku, keinginanku sekarang ini adalah aku ingin halal bagimu. Islam memang telah menghapus perbudakan, tapi demi rasa cintaku padamu yang tiada terkira dalamnya terhunjam di dada aku ingin menjadi budakmu. Budak yang halal bagimu, yang bisa kau seka air matanya, kau belai rambutnya dan kau kecup keningnya. Aku tiada berani berharap lebih dari itu. Sangat tidak pantas bagi gadis miskin yang nista seperti diriku berharap menjadi isterimu. Aku merasa dengan itu aku akan menemukan hidup baru yang jauh dari cambukan, makian, kecemasan, ketakutan dan kehinaan. Yang ada dalam benakku adalah meninggalkan Mesir. Aku sangat mencintai Mesir tanah kelahiranku. Tapi aku merasa tidak bisa hidup tenang dalam satu bumi dengan orang-orang yang sangat membenciku dan selalu menginginkan kesengsaraan, kehancuran dan kehinaan diriku. Meskipun saat ini aku berada di tempat yang tenang dan aman di tengah keluarga Syaikh Ahmad, jauh dari ayah dan dua kakakku yang kejam, tapi aku masih merasa selalu diintai bahaya. Aku takut mereka akan menemukan diriku. Kau tentu tahu di Mesir ini angin dan tembok bisa berbicara.

Wahai orang yang lembut hatinya,

Apakah aku salah menulis ini semua? Segala yang saat ini menderu di dalam dada dan jiwa. Sudah lama aku selalu menanggung nestapa. Hatiku selalu kelam oleh penderitaan. Aku merasa kau datang dengan seberkas cahaya kasih sayang. Belum pernah aku merasakan rasa cinta pada seseorang sekuat rasa cintaku pada dirimu. Aku tidak ingin mengganggu dirimu dengan kenistaan kata-kataku yang tertoreh dalam lembaran kertas ini. Jika ada yang bernuansa dosa semoga Allah mengampuninya. Aku sudah siap seandainya aku harus terbakar oleh panasnya api cinta yang pernah membakar Laila dan Majnun. Biarlah aku jadi Laila yang mati karena kobaran cintanya, namun aku tidak berharap kau jadi Majnun. Kau orang baik, orang baik selalu disertai Allah.

Doakan Allah mengampuni diriku. Maafkan atas kelancanganku.

Wassalamu'alaikum,

Yang dirundung nestapa,

Noura

Thursday, January 10, 2008

Aku Mohon

TUHAN,
diawal tahun baru ini
KAU uji kesabaranku
KAU uji ketabahanku
KAU uji perasaanku
KAU uji keyakinanku

TUHAN
diawal tahun baru ini
aku mohon
moga sabarku berpanjangan dalam menghadapi ujianmu
moga tabahku berkekalan dalam menghadapi ujianmu
moga perasaanku bisa ku kawal dalam menghadapi ujianmu

TUHAN
hanya KAU yang tahu segalanya
moga KAU terima doaku selama ini
moga sabar itu masih milikku
moga tabah itu masih dihatiku
moga perasaan itu masih belum keliru ...

aku mohon
hanya padaMU

amin.