Tuesday, June 24, 2008

From Dhannis

keliru itu melingkari dia dan kamu,
menghukum realiti yang ruangnya tidak dihargai,
gelisah kepada sebuah ketidakpastian,
namun percubaan entah teguh entahkan tidak...

sahabatku Mira,
berjalanlah tanpa henti dibumi yang pasti,
usah dibiarkan masamu berlalu lagi,
Dia kau nanti bilakah menjelmanya nanti,
perlukah dibiar hatimu menangis lagi?

demimu 'kawan',
hingga bila dirinya mahu kau dera,
tiadakah kesempatan bersua muka,
huraikan segala simpulan yang ada,
bukakanlah peluang untuk kalian bahagia...

dhannis kekanan, kekiri pun tidak,
setia disini memerhatikan gerak,
niat dihati ingin kalian bertindak,
janganlah berdiam, tolak-menolak...


Mira, kuatkan semangat...sabar dan berdoa, kalau jodoh...tak kemana...



http://www.topix.net/forum/world/malaysia/TOTLIEQEADRAC6BM8/p2

Tuesday, June 3, 2008

Tabahlah Hati


Duhai hati ...
tabahlah ... 
jangan ingkari janji
yang engkau persetujui
sebelum kakimu
melangkah pertama kali
ke dunia realiti

Duhai hati ...
tabahlah ...
sesungguhnya 
semua ini
telah kau maklumi
sedari azali

Duhai hati ...
tabahlah ...
jangan menolak
semua yang terjadi
kerana ini semua
untuk menguji
keyakinanmu

Duhai hati ...
tabahlah ...
semua ini pasti berakhir
yakinlah
itu pasti

-mira-
03-06-2008
2130Hrs

Sunday, June 1, 2008

Dibalik Kesepian



apa yang ada di balik kesepian ??? 
apa yang bakal terlihat di balik kesepian ??? 
mampukah kesepian tuh dihadapi ??? 

ada apa dibalik kesepian ??? 
ceria ... atau gundah ??? 

apa ada dibalik kesepian ??? 
mampukah kesepian itu dilawan ??? 
sampai bila ??? 
sampai bila kesepian itu ??? 

kesepian itu ... 
apa rahsia dibaliknya ... 

kekuatan ... 
atau kelemahan ??? 

tawa ... 
atau air mata ??? 

yang mana satu ??? 
yang mana satu ada dibalik kesepian itu ??? 

mira tak tahu ... 
mira keliru ... 

mungkin juga takut ... 
takut tak mampu ... 
untuk melawan kesepian ... 

moga ada mentari di balik awan 
yang menunggu masa untuk bersinar 
membuat semua bunga tersenyum mekar 

dibalik kesepian ...


-mira-
01/06/2008

Wednesday, May 28, 2008

Melawan Kesepian



Apapun yang terjadi 
Berjalanlah tanpa henti 
Air mata tertahan 
Waktu untuk dijatuhkan 

Nanti kita kan tahu 
Betapa bijaknya hidup 
Sepahit apapun ini 
Pelajaran yang berarti 

Semoga kepergianmu 
Tak akan merubah apapun 
Semoga mampu kulawan 
Kesepianku 

Nanti kita kan tahu 
Betapa bijaknya hidup 
Sepahit apapun ini 
Pelajaran yang berarti 

Semoga kepergianmu 
Tak akan merubah apapun 
Semoga mampu kulawan 
Kesepianku 

Semoga kepergianmu 
Tak akan merubah apapun 
Semoga mampu kulawan 
Kesepianku 

Semoga kepergianmu 
Tak akan 
Semoga mampu kulawan 
Kesepianku 

Apapun yang terjadi 
Berjalanlah tanpa henti

Monday, May 19, 2008

Yang Kau Inginkan

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya....

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya....

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..


yang tak sempurna,
-mira-

Sunday, May 18, 2008

Jangan Terlalu Mencari KESEMPURNAAN

Jangan terlalu mencari KESEMPURNAAN.

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN
ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA
oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..

Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya
begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi
dan kamu tidak boleh memakannya.

Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. ..
MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL....

Saturday, May 17, 2008

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)