Wednesday, April 16, 2008

Hati dan Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka....

Thursday, April 10, 2008

Touching II

11 Januari 2008

dhannis wrote:
cincin emas bertatah berlian

dibawa rombongan untuk pertunangan
belum pun sempat cincin disarungkan
dia meminta kasih diputuskan

mira_jr wrote:
cincin emas bertatah berlian

tanda kasih bertaut dihati
belum sempat berpindah tangan
dipanggil ILLAHI terkuburlah janji

dhannis wrote:
setiap yang hidup pastikan pergi
jangan kesali takdir Illahi
iringilah arwah doa setulus hati
moga rohnya bahagia disisi Illahi

tengah countdown untuk 100 hari

http://www.topix.net/forum/world/malaysia/TTO396BF299LQ33OP

Touching

pagi yang ceria ... teringat pada thread yang dah lama mira tak jenguk di forum ...

PANTUN ...

tiba-tiba terasa nak menyelak-nyelak halaman yang dah lama terbiar tuh .... tetiba jumpa sesuatu ... yang sangat menyentuh perasaan ....

thanx guys ... walau kita tak kenal siapa ... kalian .... ishhh ... touching lah ...

Amir wrote:
Negara Matahari jadi idola,
Melaysia tetap di hati ni,
Walau kancil buatan Malaysia,
Habis ku ubah kancil itu ini..

Lagenda Mira jadi tatapan,
Barangan terbaik antara lain,
Tukar brg kereta gila sakan,
Barang jepun buat aku gian..

j pon wrote:
kancil bertukar menjadi mira
kerna ownernya bernama mira
kita ada friend namanya mira
orgnya selalu kulihat ceria..

atok wrote:
kancil kelisa charade mira
maintenance rendah spare part mudah
pasti ceria berteman mu mira
jangan trade-in sesal tak sudah

Amir wrote:
Cik Mira bunga kita semua,
Ceria bagai alunan seruling,
Cantik pula pada namanya,
Comelnya dia bila menguling-guling..

macam mana dari kereta bleh masuk nama mira yer ... memang nak kena hempuk korang-korang nih ...

Sunday, April 6, 2008

Selalunya ...

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita dalam keadaan teruji.
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkeliru.
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terluka.

Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan kita terkilan.
Selalunya orang yang kita sayang,
suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.

Dan selalunya orang yang kita sayang,
suka hadir bila memerlukan
dan pergi tanpa meninggalkan pesan …

-from my fren mrs nurul-