Kenapa aku terima dia dalam hidupku
Adakah kerana ...
Rupa nan tampan ???
Dan tubuh yang sasa ???
Andai kerana itu,
maka ku tahu ...
kasih sayangku akan pudar
tatkala kedut-kedut mula hadir
menghiasi wajah nya ...
tatkala otot-otot mula lemah ..
menjadikannya tidak bermaya
Kenapa aku terima dia dalam hidupku
Adakah kerana ...
Petahnya dia ...
saat berbicara dan menyusun kata ???
Andai kerana itu,
maka ku tahu ...
kasih sayangku akan pudar
tatkala dia mula terlantar
terbaring ...
tanpa boleh bicara lagi
yang ada ...
hanya pandangan sepi
Kenapa aku terima dia dalam hidupku
-sambung ... belum siap ...