kembang indah menawan hati
sayang terkerat ditengah hari
cinta itu laksana api
tersalah hemat membakar diri
kinabalu gunung menawan
makin direnung makin terharu
kalau rindu pandangkan bulan
pesan kirim diangin lalu
kelip-kelip api dikapal
api menahan tiang bendera
sedap selit tidur sebantal
kasih bercerai si air mata
kelip-kelip api dikapal
baru sedar pasang pelita
air mata jatuh ke bantal
baru sedar menanggung derita
laksamana mas merah dari seberang
singgah sebentar ke tanjung puri
buah hati kekasih orang
rindu ku tanggung seorang diri
:(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Mira
kuala tahan airnya jernih
arus mengalir dari rimba
rupanya pantun berkisah sedih
apakah gerangan berhati hiba
:)
so... any new posts coming soon?
air pasang limpah ke pasar
tanam pinang kelapa mati
dari manalah Xis belajar
pandai mencari isyarat hati
air pasang berangkat ke hulu
datanglah ubi hanyut melintang
kalau ku kenang masa yang lalu
makan kelubi serasa pinang
air pasang mudik ke hulu
sayang bertambur di atas bata
bila terkenang zaman dahulu
rasa berhambur si air mata
ambil badan kerat - kerat
mari letak haluan perahu
sakit badan haluan diubat
sakit hati siapa tahu
ambil kain buangkan baju
sebab baju cariknya lima
ambil lain buangkan aku
kerana aku sudah lama
anak burung pandai berenang
menghilang dirimba hutan berduri
malang hamba asyik terkenang
orang dikenang membenci diri
Post a Comment