Tuesday, November 13, 2007

Andaiku Tahu


andaiku tahu
mentari takkan
muncul esok hari
pasti aku menikmati
cahayanya puas-puas
hari ini

andaiku tahu
pelangi takkan
ada esok hari
pasti aku melihat
warnanya yang cantik
hari ini

andaiku tahu
hujan kan turun
lebat esok hari
pasti aku
akan sediakan payung
yang besar
hari ini

andaiku tahu
bulan takkan
mengambang esok hari
pasti aku
akan memandangnya
tanpa kerdip mata
malam ini

andaiku tahu
kita ditakdirkan
sehidup dan semati
pasti akan ku mohon
pada tuhanku
agar panjangkan
umurmu lebih sehari dariku

kerana
aku tak sanggup
hidup sendiri
tanpa kamu
disisi

~mira~
13 november 2007
02:40 am
klang

No comments: