Thursday, May 15, 2008

Lelaki Yang Ku Idamkan

Lelaki yang kuidamkan
adalah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga akan pahala
yang solatnya adalah maruah dirinya
yang tidak pernah takut untuk berkata benar
yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang
yang berjuang di jalan Islam

Lelaki yang kuidamkan
adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
tidak bermegah dengan harta yang dicarinya
yang sentiasa berbuat kebajikan
yang mempunyai sifat yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan dan
tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki yang kuidamkan
yang sentiasa menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarganya
yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga
yang akan mendidik isteri dan anak-anaknya dalam mendalami Islam
yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki yang kuidamkan
yang sentiasa menjadi imam
yang hidup di bawah naungan al-Quran
yang mencontohi sifat Rasulullah
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang menjaga matanya dari berbelanja
yang sujudnya penuh kesyukuran
dengan Rahmat Allah ke atasnya

Lelaki yang kuidamkan
tidak pernah membazirkan masa
matanya kepenatan kerana membaca
suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
tidurnya lena dengan cahaya keimanan
bangun subuhnya dengan penuh kecergasan
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki yang kuidamkan
yang sentiasa mengingati mati
baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki yang kuidamkan
yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
disitulah rumah idamannya
yang ingin membawaku bersama
dialah lelaki sebenar yang kuidamkan.

No comments: