Tuesday, June 24, 2008

From Dhannis

keliru itu melingkari dia dan kamu,
menghukum realiti yang ruangnya tidak dihargai,
gelisah kepada sebuah ketidakpastian,
namun percubaan entah teguh entahkan tidak...

sahabatku Mira,
berjalanlah tanpa henti dibumi yang pasti,
usah dibiarkan masamu berlalu lagi,
Dia kau nanti bilakah menjelmanya nanti,
perlukah dibiar hatimu menangis lagi?

demimu 'kawan',
hingga bila dirinya mahu kau dera,
tiadakah kesempatan bersua muka,
huraikan segala simpulan yang ada,
bukakanlah peluang untuk kalian bahagia...

dhannis kekanan, kekiri pun tidak,
setia disini memerhatikan gerak,
niat dihati ingin kalian bertindak,
janganlah berdiam, tolak-menolak...


Mira, kuatkan semangat...sabar dan berdoa, kalau jodoh...tak kemana...



http://www.topix.net/forum/world/malaysia/TOTLIEQEADRAC6BM8/p2

1 comment:

fazid said...

moga mira ketemu jodoh yg baik