Tuesday, June 3, 2008

Tabahlah Hati


Duhai hati ...
tabahlah ... 
jangan ingkari janji
yang engkau persetujui
sebelum kakimu
melangkah pertama kali
ke dunia realiti

Duhai hati ...
tabahlah ...
sesungguhnya 
semua ini
telah kau maklumi
sedari azali

Duhai hati ...
tabahlah ...
jangan menolak
semua yang terjadi
kerana ini semua
untuk menguji
keyakinanmu

Duhai hati ...
tabahlah ...
semua ini pasti berakhir
yakinlah
itu pasti

-mira-
03-06-2008
2130Hrs

No comments: