Sunday, May 10, 2009

Jika ia sebuah cinta

Jika ia sebuah cinta
ia tidak mendengar
namun ia sentiasa bergetar

Jika ia sebuah cinta
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa

Jika ia sebuah cinta
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

Jika ia sebuah cinta
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha

Jika ia sebuah cinta
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik

Jika ia sebuah cinta
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati

Jika ia sebuah cinta
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata

Jika ia sebuah cinta
ia tidak hanya berjanji
namun sentiasa cuba memenangi

Jika ia sebuah cinta
ia mungkin tidak suci
namun sentiasa harmoni

Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir dengan ketentuan

Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
namun hadir kerana pergorbanan dan kesetiaan......

2 comments:

smtabi'in said...

perrhghhhhh.... sumenya puisi... puisi cinta pulak tuh.... susah nak paham....

Anonymous said...

perlu memeriksa:)