CINTA...
biarlah abadi untuk Yang Esa
percayalah akan kekekalannya...
KASIH...
berpadalah sesama kita
mungkin berakhir pada bila-bila masa
cuma sentiasalah positif menghadapinya
HILANG...
realitinya sebuah kehidupan
ada pertemuan jua perpisahan
janganlah leka saat tiada kesempatan
mengulang semua yang pernah datang
MIRA,
setitis airmata yang jatuh usah dibaziri lagi
kerana yang pergi hanyalah seorang lelaki
yang dikasihi kerana takdir Illahi
tapi hilangnya tiada yang pasti
sabar dan berdoalah untuk bahagia nanti...
-Nurin Hani-
10 April 2008
9:09 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment